Winter in Beijing (Day I, II, III)..

19/11/11
Lawatan 7 hari 6 malam ke Beijing saya adalah di bawah kelolaan Poto Travel & Tours.  Rombongan kami ke Beijing seramai 27 diiringi ketua rombongan kami dari Poto Travel & Tours.  Perjalanan ke Beijing bermula pada hari Sabtu, 19/11/11.  Dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific, kami bertolak dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 1345.  Tiba di Hong Kong lebih kurang 3 jam 50 minit kemudian, kami transit di sini selama satu setengah jam.  Perjalanan diteruskan lagi dari Hong Kong dan selepas 3 jam 10 minit perjalanan, kami tiba di kota Beijing pada sebelah malam.  Cuaca pada waktu itu sangat sejuk.  Selepas mengambil bagasi masing-masing, kami dibawa ke hotel 4 bintang yang terletak tidak berapa jauh dari ibu kota Beijing.

20/11/11
Kami memulakan hari pertama pada jam 0815.  Selepas bersarapan di Western Mahua, kami dibawa ke Summer Palace.  Cuaca pada pagi itu sangat sejuk ditambah dengan kedudukannya di Tasik Kunming.  Summer Palace adalah merupakan istana hinggap raja China, terletak 15km dari ibu kota Beijing.

Selepas itu, kami langsung ke Fresh Water Pearl Center dan Silk Center.  Mutiara berkualiti tinggi dijual di sini selain dari sutera China yang original.  Harga kain ela pula dari 60yuan/meter.  Coraknya boleh tahan tapi, jika pereka dari Malaysia yang merekanya, pasti lebih cantik.

Menjelang malam, kami dihidangkan dengan pertunjukan akrobatik yang memukau dan menghiburkan.  Setelah hampir dua jam, pertunjukan tamat dengan tepukan gemuruh.  Di sini dibenarkan mengambil gambar ataupun merakam video.

Selepas makan malam, kami pulang ke hotel untuk berehat.

21/11/11
Selapas sarapan pagi lebih kurang jam 0900, kami ke Jade Center yang selain dari jade, sutera dijual juga adalah original dan pilihannya lebih banyak dan menarik.  Selepas makan tengahari di restoran tempatan dan solat, kami lansung ke Tembok Besar China.  Perjalanan terus dari kota Beijing ke sini mengambil masa 40 minit atau lebih.  Kami diberikan masa dua jam untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman mendaki salah satu daripada keajaiban dunia ini.  Saya sempat naik sampai check point ke dua.  Jumlah panjang keseluruhannya mencecah 8,851.8km.  Sangat memukau dan maharaja purbakala China sangat dasyat.

Selepas penat lelah di sini, kami singgah pula di Baofuling – kedai ubat yang paling terkenal dengan ubat melecur dan ‘koyok’nya.  Kami diberi penerangan tentang ubat-ubatan yang terdapat di sini. 
Kami pulang ke hotel selepas makan malam.

No comments:

Post a Comment