Beijing (Day IV, V, VI, VII)

22/11/11
Selepas sarapan pagi seperti biasa, lawatan hari ini dikhabarkan lebih mencabar dan bakal lebih menguji ketahanan kami.  Kami sepatutnya dibawa ke Tian’amen Square yang merupakan dataran seperti Dataran Merdeka.  Namun, kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, kami tidak dapat masuk kerana dataran tersebut ditutup pada hari itu.  Walaupun agak kecewa, kami dapat juga mengambil gambar kenangan dari luar dataran tersebut.  Bas diparkir agak jauh dari dataran dan kami dapat berjalan (bersiar-siar) di sekitar kota Beijing dan melintasi dewan teater yang sangat besar.  Kami juga melintasi subway yang merupakan salah satu pengangkutan awam termaju di China.  Seterusnya, kami melintasi Tian’amen Square sebelum masuk ke Forbidden City yang merupakan istana lama pemaisuri China.  Kawasannya sangat luas dan kami mengambil masa lebih dua jam di sini, bergerak dari hujung ke hujung dan bergambar kenangan.
subway
walking the street
group photo in front of Tian’amen Square


Forbidden City
restoran Muslim

Selepas penat berjalan, kami ke Pusat Pemulihan Kodoktoran Tradisional China untuk mendapatkan rawatan kaki secara percuma.  Pelbagai produk kesihatan dijual di sini.  Lawatan hari ini agak pendek dan selepas makan malam, kami pulang ke hotel.  Sementara masa yang terluang di malam hari, ada yang mengambil subway ke kota Beijing untuk menikmati pemandangan malam.  Saya hanya menapak ke salah satu tempat membeli belah seakan-akan Giant yang dinamakan Lotte Mart, tidak jauh dari hotel penginapan.

23/11/11
Seperti biasa, selepas sarapan pagi, kami ke Knive Shop, yang mewakili jenama Dellman.  Selepas itu, kami ke Stadium Sarang Burung iaitu stadium utama berlangsungnya Sukan Olimpik 2008.  Rekabentuk stadium ini sangat unik iaitu berbentuk sarang burung, sesuai dengan namanya.  Selepas mengambil beberapa keping gambar kenangan, kami langsung ke kedai souvenir yang terletak di seberang jalan.  Ketua rombongan yang mencadangkan kepada kami untuk membeli souvenir di sini yang sangat berpatutan harganya.  Selepas mendapatkan souvenir untuk teman-teman di tanah air, kami ke Zoo Panda yang terletak tidak jauh.  Kerana musim sejuk, kelihatan beberapa ekor panda sedang tidur, sedang berhebernasi.

Panda Zoo

 
 & Panda

Selepas makan tengahari dan solat, masa yang ditunggu-tunggu sebilangan ahli rombongan akhirnya tiba.  Kami dibawa membeli-belah di Pasar Ya Show.  Barang-barang di sini boleh dikatakan semuanya tiruan.  Kalau hendak membeli di sini, harus tawar ‘baik punya’ baru boleh dapat harga yang baik.

Selepas itu, kami langsung ke satu lagi tempat membeli belah iaitu Sunny Gold.  Selepas makan malam, kami singgah di Hard Rock Café untuk membeli t-shirt atau barangan Hard Rock yang original.  

Hard Rock, Beijing
24/11/11

Masjid Niu Jie

Sarapan pagi wajib kami di restoran berhampiran hotel.  Setelah selesai, sekali lagi kami ke Pasar/Bazar Ya Show kali kedua.  Selepas menghabiskan masa hampir dua jam di sini, kami kemudiannya ke Masjid tertua China iaitu Masjid Niu Jie.  Rekaan masjid seperti rumah, ini sangat menarik dan mempesonakan.  Selepas itu, kami bergerak ke Wangfujing untuk ‘window shopping’.  Di sini, yang dijual adalah barangan original.  Hari hampir malam, dan kami seterusnya berpeluang untuk melihat Skrin TV terbesar di Asia sebelum makan malam.
 Pasar/Bazar Ya Show
Wangfujing  Road

skrin TV terbesar Asia
  
25/11/11
Penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 1000 waktu tempatan.  Kami bergerak awal dari hotel iaitu jam 0615.  Kami sekali lagi transit di Hong Kong selama lebih kurang dua jam setengah.  Tiba di Kuala Lumpur International Airport dan kami berpisah (sementara) di sini.

Alhamdulillah, misi lawatan ke Beijing dianggap Berjaya.  Dapat juga berkenalan dengan kawan-kawan dan keluarga baru.  Terima kasih kepada Poto Travel & Tours dan ketua rombongan kami, Ms Liana.

More photos.....

 

No comments:

Post a Comment